Assalamualaikum !
Hye, haters and lovers ^_^
Arini, hani nak story about stress,,
baca tau jangan Touch n Go jew.. keke
Tekanan menjadi punca anda mengalami
pertambahan berat badan,
kulit wajah & kulit kepala berminyak serta keguguran rambut?
Ramai yang fikir
bahawa mereka tidak dipengaruhi oleh tekanan.
Itu mungkin benar jika ..
anda tiada bebanan kerja atau pelajaran,
tiada politik di tempat kerja,
tidak pernah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas,
dapat bergaul dengan baik dengan
ibu mertua n rakan2 anda,
mempunyai persiapan mencukupi untuk persaraan anda,
dan mempunyai pasangan yang setia...
Jika tidak, kemungkinan besar anda akan tertekan..
Malangnya, kebanyakkan daripada kita sudah
"serasi" dengan stress
samada golongan tua atau muda.
Oleh itu, kita tidak tahu
sekiranya kita sedang menderita akibat tekanan!
Tekanan boleh membawa kepada banyak masalah
antaranya sakit kepala,
kekakuan leher, sakit perut, tekanan darah tinggi,
denyutan nadi yang cepat, sakit dada,
keletihan yang berpanjangan, ekzema,
jerawat dan lain2.. termasuklah penyakit jantung dan kanser.
Tekanan boleh menyebabkan peningkatan terhadap
selera dan keinginan untuk makan.
Ia akan melambatkan kadar
metabolisme anda
dan merangsang pembentukan glukos daripada protein,
kemudiannya bertukar
menjadi lemak di dalam badan..OMG
Apabila anda tertekan,
hormon badan anda boleh menjadi
tidak seimbang
menyebabkan kulit anda menjadi terlalu berminyak.
DHT yang banyak mengakibatkan pembesaran kelenjar
sebum pada kulit dan
penghasilan sebum berlebihan,
membantutkan pertumbuhan semula rambut dan juga
menyebabkan keguguran rambut.
Sekian sahaja,,
fakta ni saya jumpa dalam satu majalah ***
xtau la fakta ke outar ke,
y penting hani dah share kan kat korang..
Hopefully u all dapat information
seketat2nya daripada blog hani nie , ^__^
Btw, u all rajin2 lah follow n like n like my pageBlog yerr..
keke, syg u all ketat2 tau..
Kalau nak hani follow balik u all
just tinggalkan tapak dekat shoutBox..
HunNy