Wednesday 29 June 2011

~ KASIH SEORANG IBU ~


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu : 
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : $17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai pen dan menulis sesuatu di belakang kertas tersebut.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos airmata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluan lain - PERCUMA
Jumlah keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinangan setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajahibu, memeluk dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak, mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.


Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, " Ibumu (dan diulang sebang tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."


HunNy

Monday 27 June 2011

Cara2 utk melupakan kekasih lama ~

Setelah d'edit~


Pernahkah anda terfikir yang anda telah jumpa dengan gadis ataupun jejaka idaman anda yang anda ingin kahwini dan setubuhi secara halal serta membina keluarga bahagia hidup selamanya sebelum mereka curang dengan anda tanpa sebarang alasan yang kukuh? Pernahkah hati anda diremukkan umpama kaca terhempas ke batu sehingga anda bertukar menjadi lesbian tidak mahu mencintai lelaki lagi? Pernahkah anda pergi mencintai seorang lelaki tetapi anda ni pun lelaki lalu anda pergi buat pembedahan buang anu anda tapi lelaki tu dah taknak kat anda lagi dah lepas tu? 

Ya, intro di atas memang kedengaran familiar kerana saya hanya memplagiat intro entri di bawah. Selain daripada berkongsi lagu-lagu tema setelah break up, kalian turut bercerita tentang keperitan akibat perpisahan yang dialami, kesyahduan yang menusuk di hati, serta luka lama yang berdarah kembali. Oh perpisahan itu memang sesuatu yang miserable sekali, jauh lebih teruk daripada perasaan tergelek kucing dengan kereta tapi kucing tu tak mati serta merta tetapi terloncat-loncat meminta nyawa dicabut. Percayalah, kerana hatiku ini pernah diremukkan juga pada masa dahulu. Habis tu kalau hati dah remuk mahu buat apa? Takkan asyik nak dengar lagu-lagu yang menggambarkan perasaan kita sepanjang masa? Di sini saya ingin berkongsi tips-tips untuk melupakan bekas kekasih anda tak kiralah bekas teman lelaki atau perempuan. Tips-tips ini terbukti keberkesanannya berdasarkan apa yang dilihat di filem komedi cinta di dalam dan luar negara. Ayuh teruskan membaca.


1) Kawan-kawan

Bagi saya, ini merupakan teknik terbaik untuk melupakan ex anda. Pepatah ada mengatakan, berkasih biar satu, berkawan biar seribu, berzina jangan sekali. Maka jika kekasih anda yang satu itu sudah meninggalkan anda, di sinilah anda akan tahu betapa beruntungnya anda ada kawan. Anda pasti ada BFF anda yang akan sentiasa bersama dengan anda, sentiasa menyokong anda walaupun apa jua, sentiasa mengeluarkan kata-kata yang anda nak dengar. Contohnya, kawan-kawan anda akan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang keji yang membuatkan hati anda lebih girang seperti:

"Takpe Jai. Dari dulu lagi aku dah cakap dia tu gemuk. Rileksla kau kan hensem.." - Shuhud Zakaria

"Bitch gemuk dia tu Jai" - Adam Johari


Semasa fasa baru-baru lepas berpisahlah yang anda akan rasa paling miserable sekali. Siang malam mengalir air mata di sudut-sudut yang gelap. Paras kolestrol di dalam badan anda menjadi normal kerana anda sudah tidak berselera untuk makan. Macam-macam akan berlaku jika anda memilih untuk menghadapi masalah anda seorang diri. Anda memang tidak boleh survive seorang diri walaupun anda dengan lagu I Will Survive Gloria Gaynor berkali-kali. Apabila anda berseorangan anda akan banyak berfikir. Apa salah aku? Kenapa dia tinggalkan aku? Betul ke dia tinggalkan aku sebab payu dara aku juling? Banyak lagilah soalan-soalan yang akan bermain di fikiran anda.

Sebab itulah anda mesti jumpa kawan-kawan anda, buat aktiviti sesama jantina seperti bermain futsal, membeli-belah selama 3 jam, ataupun sekadar lepak di kopitiam berboys talk ataupun slumber party di rumah teman. At least apabila bersama kawan-kawan, minda anda akan terpesong daripada memikirkan tentang ex anda. Kalau ya pun masih nak berfikir, at least anda ada teman untuk berbicara, teman untuk mendengar keluhan anda yang sudah 8 kali mereka dengar. 

2) Jauhi memori bersama

Untuk memudahkan proses melupakan ex anda, anda mesti mengelak daripada melakukan sesuatu yang boleh membuat anda teringat kepada ex anda. Contohnya, tak usah pergi makan di McD jika daging Big Mac itu kelihatan seperti lipatan di perut bekas gadis anda. Usah merayau-rayau di Cyberjaya jika itu merupakan lokasi strategik anda untuk ringan-ringan dengan bekas teman lelaki anda. Anda juga mungkin harus menjauhi teman rapat kepada ex anda yang selama ini turut berkawan dengan anda kerana mereka most probably sudah mendengar cerita perpisahan versi ex anda sendiri. Ini termasuklah dengan mengelakkan diri daripada sengaja pergi ke tempat ex anda selalu hang out bersama kawan-kawan mereka. Percayalah, pasti awkward jika mereka bertembung dengan anda. 

Namun begitu, itu tidaklah bermakna anda tidak boleh enjoy kehidupan anda setelah berpisah. Kalau dulu anda selalu pergi dating di The Curve, takkanlah lepas tu langsung taknak pergi The Curve dah kan? Takkanlah kita tak boleh dengar lagu Anuar Zain sebab dulu awek kita minat kat Anuar Zain? Benar, ada sedikit pengorbanan yang harus dilakukan, namun begitu anda seharusnya menjadi diri anda sendiri dan usah biarkan kegagalan cinta anda mengubah keperibadian anda.


3) Deactivate Facebook anda

Di zaman teknologi maklumat ini, semua orang ada Fesbuk ataupun akaun laman web sosial yang lain seperti Twitter, Friendster, Tagged mahupun laman web sosial yang aku langsung tak faham bagaimana fungsinya ataupun hendak menyebutnya, Tumblr. Ex anda pun pasti ada Fesbuk juga. Dulu-dulu masa bercinta setiap saat dan waktu hendak bermadah, segala status akan dilike, dalam setiap album ada gambar ghairah berdua. Tetapi di saat dia mengubah statusnya perhubungannya menjadi single, anda pasti akan dihujani dengan pelbagai persoalan di dinding anda. Macamana nak jawab dengan hati yang pilu?

Maka jika anda ini bukan jenis yang unfriend orang, dan dia pun tak unfriend anda, maka ada eloknya anda deactivate sahaja Fesbuk anda untuk mengubat hati yang luka. Ini bagi mengelakkan anda terus patah hati apabila melihat seorang jejaka / gadis misteri yang tiba-tiba muncul dalam album gambar mereka. Eh tak sampai 3 minggu berpisah sudah ada teman baru? Takkan cepat sangat diorang move on bukan? Even if anda kena unfriend dan tak dapat stalk page ex anda pun, anda masih menggunakan mutual friends untuk melihat perkembangan ex anda dan lebih ekstrim lagi, anda siap cipta satu akaun palsu lagi sebelum menambah ex anda dan teman baru mereka lagi sebagai rakan. Budaya ini ternyata tidak sihat untuk emosi anda, maka ada baiknya anda lenyapkan diri anda buat sementara sehingga pulih luka di hati. 

4) Dapatkan sebuah 'Ex-Box'

Ex-Box di sini bukanlah mesin permanian video (sengaja typo) seperti Xbox 360 itu. Eh tapi bagus apa main Xbox sebenar boleh lupa kat gadis lama. Ex-Box adalah istilah yang aku guna untuk sebuah kotak yang menyimpan barang-barang yang boleh mengingatkan kita tentang ex kita. Kalau kau ada poster gadis kau kat belakang pintu, cabut dan letaklah di dalam kotak. Gila apa ada poster awek? Nak gila apa kalau awek kau ni Juliana Evans haa macamtu la Sam Bunkface buat untuk lupakan dia. Kemudian, surat cinta, kad harijadi, gambar di dompet, gambar di bingkai semua anda campakkan sahaja ke dalam kotak. Tapi gambar di telefon bimbit deletelah terus tak payah nak print dulu sebelum letak dalam kotak. 

Begitu juga dengan barang pemberian si gadis / jejaka. Tak perlu susah-susah nak jumpa untuk pulangkan barang. Itu sebenarnya hanyalah alasan anda untuk berjumpa dengan mereka dengan harapan dapat kembali menyemarakkan bibit-bibit cinta. Couples Tshirt? Campakkan sahaja ke dalam ex-box. Cincin Emas Putih Poh Kong? Campak sahaja ke dalam ex-box sebab nak gadai emas putih memang tiada value. Apabila segala benda yang mengingatkan anda kepada ex anda sudah dimasukkan ke dalam kotak, letak kotak itu di sudut-sudut sukar agar anda berasa susah untuk membukanya ketika tiada benda lain untuk dibuat. Hmmm tapi dah dekat-dekat nak kahwin ni elok dibakar sahaja kotak itu akan tidak menimbulkan konflik dengan bakal isteri atau husband.....anyway Xbox sebenar pun boleh faham kesedihan anda. Jika anda sedang patah hati, mereka akan mengeluarkan lampu merah membuatkan anda lebih patah hati.


5) Pergi ke pasar malam ataupun ke gym

Bagaimana anda hendak melupakan ex anda jika anda hanya asyik duduk di rumah menonton cerita Korea? Anda mungkin rasa anda tidak mahu percayalah orang lelaki lagi, tetapi sampai bila? Lambat laun anda harus keluar ke rumah juga. Cara yang paling cepat untuk move on adalah dengan kembali bersosial. Kalau anda jenis yang kaki clubbing bolehlah pergi berjoget sambil meneguk alkohol secawan dua. Tapi kalau jenis yang ingat kat Tuhan walaupun selalu juga tak solat Subuh, banyak tempat alternatif yang boleh anda pergi untuk bersosial. Tempat yang dijamin efektif untuk mencuci mata adalah pasar malam. Percayalah, anda akan rambang mata melihat gadis yang jauh lebih kurus daripada ex anda yang gemuk itu, ataupun jejaka yang lebih sasa dan berkulit sawo matang tidak seperti ex anda yang negro itu. Di pasar malam anda boleh lihat gadis kilang Sony yang memakai baju ketat menunjukkan lurah rasa macam kita ingin lemas je dalam rangkulan hangatnya. Lagipun gadis-gadis di pasar malam lebih berfikiran terbuka dan mudah untuk respond dengan pick up line yang mudah seperti:

"Hai kak long. Nak saya belanja Baby Cakoi?"

"Hai kak long. Lawa betik?" (sambil tunjuk kepada betik di gerai berhampiran agar mereka tidak salah faham)

"Eh abang ni penyanyi Radja kan?" (kalau nak mengurat jejaka indon)


Kalau taknak pergi pasar malam, anda pergilah ke gym. Gadis-gadis di sini adalah lebih mencabar untuk dingurat, tetapi at least anda boleh mencuci mata melihat mereka memakai baju renang muslimah yang ketat. Lagipun dengan bersenam, anda dapat membentuk six pack yang ternyata dapat membuat gadis-gadis ghairah. Ex anda tengok pun mesti nak kembali kat anda punyalah. 

6) Sentiasa ingat, istilah berkawan selepas berpisah tidak wujud

THERE IS NO SUCH THING AS 'BERKAWAN SELEPAS BERPISAH'!, at least buat lelaki. Dah tulis dalam caps lock tu untuk menunjukkan kenyataan itu merupakan kenyataan yang serius. Anda mungkin sangka anda masih boleh berkawan dengan ex anda, namun begitu itu sebenarnya adalah sinar harapan yang anda cipta sendiri mengharapkan anda dan ex anda akan kembali bersama. Konon-konon nak take it slow, and look for the right time and the right moment. Dah berpisah tu hapuskan sahaja nombor telefon, hapuskan sahaja alamat emel mahupun XBOX Live Gamertag mereka tak perlu nak contact mereka lagi. Kalau anda contact mereka konon-konon nak berbual seperti kawan biasa pun, last-last mesti end up dengan perbincangan mengapa kalian berpisah dan ada pun merayu-rayu minta diterima kembali. 

Mungkin anda rasa sukar untuk terus berhenti menghubungi ex anda lebih-lebih lagi kalau anda masih belajar di sekolah or universiti yang sama. Terasa awkward dan pilu melihat gadis anda di kelas yang sama tetapi kini dengan status yang berbeza. Persetankan perasaan itu. Belajar rajin-rajin grad awal tak payah nak extend semester macam gadis anda yang tak pandai tu. Buat make over kepada diri anda bagi ex anda dan potential future teman anda perasan dengan kewujudan anda. Nak cucuk botox ke nak pakai susuk ke nak buat pembedahan payu dara mahupun testis ke itu terpulang kepada anda.

Besides, berkawan itu bermakna anda akan sentiasa menyokong keputusan kawan anda dan berasa gembira di atas kebahagiaan yang dikecapinya. Is that what you want? NO. You want your ex to suffer. Anda gembira melihat kegagalan percintaan mereka di mana dia pula ditinggalkan. Anda seronok melihat keretanya ditarik Ah Long akibat tak bayar duit kereta. Anda berasa bersyukur apabila CGPA mereka jatuh bawah 2 sekaligus kena repeat semester. Ok fine, gadis-gadis mungkin akan kata mereka ok je kawan dengan bekas teman lelaki, tetapi seperti yang telah saya kata tadi, orang lelaki tidak akan mengganggap begitu. Mereka anggap anda masih mahu memberikan peluang kedua untuk menyemikan cinta yang telah layu.

7) Cari keburukan ex anda dan upgrade
Apabila sudah berpisah, senang sahaja nak buat list keburukan mereka. Jika dulu anda rasa mereka chubby dan comel, kini anda akan rasa mereka gempal dan hodoh. Kalau dulu anda rasa mereka sweet kini anda rasa mereka sour. Jika dulu mereka seperti Lee Dong Wook, kini mereka seperti . Come on. You deserve better. Tuliskan segala perkara-perkara yang anda tak suka itu, print dan tampal di serata tempat di rumah anda sebagai peringatan untuk mencari teman yang lebih baik. Pepatah Inggeris ada mengatakan "I never get jealous when I see my ex with someone else, because my parents always taught me to give my used toys to the less fortunate..." Siapa yang mencipta quote itu ternyata sedang mengalami perpisahan dan kita yang baru ditinggalkan juga pasti akan boleh relate dengan kenyataan itu. 

Sesungguhnya perpisahan itu memang perit. Jika anda pun pernah mengalami saat-saat anda rasa dunia ini kejam dan pernah menangis sehingga keluar air mazi di mata, percayalah saya amat memahami perasaan anda. ..



Sekian,



HunNy

Seram dlm Lift ? ohh gosh~





Ini ada satu cerita dari seorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower. 

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun. 

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk. 

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".
Tamatlah satu kesah. 


HunNy

Saturday 25 June 2011

~ My woRd My woRld ~


1."It is important that the one you love is your best friend. If not then you are missing on a huge thing. She should be able to trust you with everything and any thing at all. it is all in how much you communicate with him/her. this is really important"
2."I want to see my own funeral. To see who will cry & who will be there. But more than anything, just to see who cares"
3."Never pass a chance to say "I love you," to the people you care about because we aren't promised tomorrow"
4."The difference between "Like, love & in love" is the same as "For now, for a while, & forever"
5."People will tell you they care, but they don't seem to show it unless you get sick, die, or become famous"
6."If we go down, we go down together, because when I said best friends, I meant forever"
7."One million memories, ten thousand inside jokes, one hundred shared secrets, one reason: Best friends"
8."Every year is a new beginning. Make new memories in our lives, as we leave the old memories in our hearts"
9."Relationship isn't about fate or destiny, it's about have Faith, Trust and Love"
10."Simple BYE can make us cry. Simple JOKE can make us laugh. Simple CARE can make us FALL IN LOVE ♥"
11."There are 3 things you cannot recover in life: the WORD after it's said, the MOMENT after it's missed, & the TIME after it's gone"


HunNy

Moment with you is something special to me



I'll always be beside you 
until the very end,
wiping all you tears away,
being your best friend.
I'll smile when you smile
& feel all the pain you do,
& if you cry a single tear,
I promise I'll cry too.



HunNy

Sunday 19 June 2011

MY mom birthday !




Happy birthday Mama,
I wish you all the best, a long life full of happiness and peace.
I hope that you can achieve your dreams.
You are the best mom in the world,
I am so blessed to have a wonderful, caring, supportive, successful, friendly and affectionate mother like you.
 -------------------------------------------------------------------
Happy birthday, Mom !!
I hope everyone can see,
What a great mom you’ve always been,
And how much you mean to me.
I always think about you,
In times both good and bad,
For the things you taught are with me,
In happy times and sad.
On your birthday I wish you joy,
Just like you pass around.
May all your good times multiply,
And happiness abound.




HunNy

Monday 13 June 2011

Music can be described in my hearts as ~


Music is my life, my love, my therapy, my best friend,
my family, my faith, my hope, and my dreams.
When I am feeling low,
when I need someone to love,
when I have nowhere to turn,
when I feel lost and alone,
music leads me home.
Through the years I have collected lyrics that have touched my heart and inspired my soul.



HunNy

Girls ? We're worth more than everything ~


Girls
are like apples 
on trees. The best ones
are at the top of the tree.
The boys don't want to reach
for the good ones because they
are afraid of falling and getting hurt.
Instead, they just get the rotton apples
from the ground that aren't as good,
but easy. So the apples at the top think
something are wrong with them, when in
reality, they are amazing, they just
has to wait for the right boy to
comes along, the who's
brave enough to
climb all
the way
to the top
of the tree



HunNy

Saturday 11 June 2011

Things that make me Happy ♥


Being in love 
Sunshine on my face
Eating
Days at the beach
The feeling I get when I complete a difficult task 
Get a teddy bear
Sleeping
Live music and concerts
Laughter from babies
My mother's smile
Hugs from my parents
Writing poetry
Hot Chocolate on a cold day
Walks with the one I love
A good releasing cry
Discovering a new route
A fresh hairdo
Reading a good book
Dancing
Blog


HunNy