Wednesday, 29 June 2011

~ KASIH SEORANG IBU ~


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu : 
Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00
Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : $17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai pen dan menulis sesuatu di belakang kertas tersebut.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
Kos airmata yang menitis keranamu - PERCUMA
Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluan lain - PERCUMA
Jumlah keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinangan setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajahibu, memeluk dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak, mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang ditulisnya.


Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab, " Ibumu (dan diulang sebang tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."


HunNy

4 comments:

  1. hey plz follow me on my blog
    i have a chat box also we can talk about ur blog promotion

    ReplyDelete
  2. hehe..sayangi la ibu kita..

    ReplyDelete