Saturday 13 August 2011

Doa Putus Cinta ♥


Mungkin ada diantara kita yang pernah kecewa kerana cinta.. 

Tapi, hidup ini masih panjang, bukan ini penghujung kehidupan kita..
Hati yang kecewa usah diberi pada manusia,kelak akan hancurlah ia..
Tapi, berilah hati itu pada Yang Maha Mengetahui
Agar ia bertaut kembali..
Menadah tangan dengan penuh khusyuk dan tawadhuk seorang hamba..
Kerana kasih NYA tidak pernah meminta balasan sebagai ganti..
Lebih abadi dan hakiki…

“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYANYANG..
YA ALLAH, WAHAI TUHANKU…
Segala pujian bagiMu, Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarganya, sahabat-sahabat ’anhum dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah hari kiamat..

Sesungguhnya kupohon dariMu dengan segala limpah kurniaMu, ampunilah segala dosa-dosaku yang terdahulu serta yang akan datang, juga yang kusembunyikan dan yang kuperlihatkan, yang kukerjakan dengan bersungguh-sungguh, ataupun yang kukerjakan dengan sambil lewa..ampunilah aku wahai Tuhanku Ya Rahman..Sesungguhnya aku hanyalah seorang hambaMu yang lemah, lagi tidak berdaya..

Ya Rahman, Ya Malik..
Dengan nama Mu yang Quddus, sudilah kiranya Kau mendengar rintihan batinku ini, Ya Salam..Ya Al-Mukmin, sungguh bukan niat dari hatiku untuk membenci takdir Mu, apatah lagi menyalahkan Mu dalam setiap takdirMu yang telah ditakdirkan padaku..HambaMu ini hanya sekadar ingin melepaskan rasa yang pedih yang menyucuk di sudut hatiku..Juga ampunilah hambaMu ini..aku sedang cuba menahan sakit walaupun mengalir air mata..semoga susahnya hatiku dan gugurnya air mataku tidak mengeluarkan aku dari batas gelar orang sabar..Ampunilah aku Ya Allah…

Ya Al-Jabbar..Ya Al-Mutakabbir..
Aku kecewa lagi dalam mengejar cintaku..sudah beberapa kali aku cuba untuk mencari cinta seorang lelaki namun kesudahannya mengecewakan lagi..Belum pernah sekali aku benar-benar rasa cinta seorang lelaki..semuanya yang kutemui hanya mengecewakan aku..orang yang aku suka semuanya pergi jauh dari diriku ini..hanya yang mampu aku lakukan hanya sekadar memendam perasaan dan kecewanya amat memedihkan hatiku ini Ya Allah..Ampunilah aku kiranya ini balasan aku terhadap orang-orang yang aku singkirkan dari hatiku ini..aku tak boleh tipu diri sendiri dan permainkan perasaan mereka..aku tak dapat terima dan teruskan andainya hatiku tidak dapat menerima orang2 yang ikhlas menyukai diriku..benar Ya Allah..SeseungguhNya Engkau sajalah amat mengerti hati dan jiwaku ini..Ampunilah dosaku ini terhadap mereka semua itu..Andai ini balasanku. Aku terimanya dengan Redha..

Ya Wahhab, Ya Razzaq..
Tak sangka selama ini hatiku meratapi sesuatu yang bukan milikku..Acapkali dia berada di depanku, berkocak laut tenangku..Meskipun aku cuba atasi segalanya namun getaran itu tetap melanda laut tenangku..kocakan rasa itu adakala aku tidak mampu melawan bilamana dia hadir dengan segala usikan dan gurauan yang indah..aku akui belum pernah ada lelaki seberaninya yang mampu mendekati dan mengusikku yang pemalu ini dengan kata-kata yang indah..Wahai Na Azhair, yang mengetahui lahir dan batinku ini, teguhkanlah keimanku ini..tenangkan jiwaku dan damaikanlah rasaku dari segala sesuatu yang memesongkan aku dariMu Ya Wali..

Ya Allah, tuhan tempatku mengadu..
Malam ini aku telah mendapat jawapan atas segala persoalan yang bermain difikiranku ini terhadap lelaki yang aku suka itu..Jawapan yang sama yang telah aku ketahui sebelum ini..Nampaknya kali ini aku terpaksa menerima hakikat bahwa dia bukan jodohku..walaupun aku benar-benar rasa kecewa dan sedih yang teramat sangat namun aku bersyukur padaMu Ya Allah kerna aku tidak perlu lagi membuai rasa seorang diri..membuai rasa yang sia-sia..

Mulai malam ini. Aku perlu belajar untuk melupakannya..melupakan segala kenangan bersamanya..melupakan segala usikan dan gurauannya yang amat indah dalam hidupku ini..Seandainya dia telah ditakdirkan bukan untukku Al-Baith, maka bantulah aku untuk memadamkan segala ingatan, harapan dan apa jua yang menarik hatiku kepadanya..Bantulah juga diriku mengubat kelukaan ini Ya Allah..Jadikanlah luka ini luka yang indah, sebagaimana Kau telah menarikku kembali ke jalanMu dengan kelukaan semalam yang terindah suatu ketika dahulu..Ya Al-Matin, biarpun hidup yang Kau pinjamkan padaku ini dihiasi dengan hiba dan duka, namun dengan ZatMu yang Mulia kepada aku hambaMU..yang tidak punyai apa-apa meskipun hanya sehembus nafas..Ya Allah..redhakanlah hatiku ini terhadap apa jua kurnia dariMu kerna segala pemberianMu sebenarnya nikmat..Bantulah aku yang lemah ini Ya Allah..

Ya Al-Tawwab, Ya Al-Muntaqim..
Semoga dengan kehadirannya dalam hidupku dengan takdirMu akan menjuruskan aku untuk lebih mengenaliMu..Moga juga, kelukaan ini tidak akan memalingkan aku dariMu..Aku redha dengan apa yang telah terjadi..Pastinya segala kejadian ada himahnya..sedangkan aku tidak berpengetahuan tentang segala sesuatu yang tersembunyi..

Ya Allah, Ya Hamid..
Berikanlah aku kekuatan dan kesabaran sebagaimana yang telah Engkau berikan kepadaku suatu ketika dahulu atas kekecewaan yang sama…Aku pasrah atas ketentuanMu..Aku pohon agar Engkau gantikan insan yang lebih baik selepas ini..insan yang benar-benar jodoh yang terbaik buat kehidupanku di dunia dan jua akhirat..insan yang benar-benar dapat memimpin aku ke jalanMu..

Ya Allah.. Sesungguhnya Engkau Maha Petunjuk
Tunjukkan padaku jalan yang lurus..selamatkan aku dari kejahatan dan kecelakaan..Sesungguhnya aku adalah yang menganiayai diriku sendiri dan tiada pengampuanan melainkan dengan ampunanMu..sesungguhnya tiada upaya dariku melainkan dengan izin Mu..Akulah hamba Mu yang mengharapkan belas dari Mu..
Perkenankanlah harapanku Ya As-Sabur..Wahai Tuhanku yang Maha Berkuasa..Kaulah segala-galanya bagiku..Amin Ya Rabbal A’Lamin."


HunNy

Dia Pilihanku ♥



Aku sedang menanti dia
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang senantiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya

Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..???
Aku juga tidak mengetahui siapakah dia jodoh ku
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..


HunNy

Ya Allah , andainya dia jodohku ♥



Segala puji bagi Allah, Tuhan pemerintah alam. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan serta Rasul utusan; begitu juga keluarga dan sahabatnya sekalian…

Ya ALLAH… andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan olehMu kepada ku, maka campakkanlah dalam hati ku cinta kepadanya adalah keranaMu dan campakkanlah dalam hatinya cinta kepada ku adalah keranaMu.... Namun andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepada ku, maka berilah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Engkau berikan kepada ku.....

YA ALLAH… biarlah aku simpan perasaan ini… Seandainya dia adalah jodohku... Satukan kami di jalanMU… Seandainya dia bukan milikku, kikislah perasaan ini… Aku redha dengan segala ketentuanMU. Berilah aku petunjukMU…

Ya ALLAH… rezekikanlah aku dengan cintaMu, dengan orang yang mencintaiMu, dengan cinta yang boleh mendekatkan aku denganMU… semoga hati ini terus terpelihara dari cinta palsu dunia…

Ya Tuhan kami… kurniakanlah kami kebajikan didunia dan kebajikan diakhirat serta peliharakanlah kami daripada azab api neraka…
Rahmatkanlah wahai Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabat handai kesemuanya…

Maha suci Engkau, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan daripada perkara yang mereka sifatkan dan ucapan selamat sejahtera ke atas para rasul utusan… Dan segala puji untuk Allah, Tuhan pemerintah alam…
Amin ya rabbal alamin…

Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik sandaran dan tempat bergantung harap…permudahkanlah ya Allah…


HunNy

Friday 12 August 2011

Hari Jumaat ? jom usha..



ASSALAMUALAIKUM. 
Apa khabar hari anda? Apa cerita Jumaat anda?  Ya, hari ini hari Jumaat. Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain.

Jadi, apa pun yang anda buat pada hari ini, pastikan itu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri anda sendiri. Kalau selalu bangun pagi sepuluh minit lagi ke waktu subuh, maka jadikanlah Jumaat untuk anda lebih berjaya.

Jadikan Jumaat untuk lebih special daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus.
Hari ini saya nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat. Moga anda di luar sana memperoleh manfaat, saya yang menulis juga lebih-lebih lagi mendapat faedahnya.



Jadi 6 kelebihan Jumaat akan hunny senaraikan. 
Semoga Jumaat kali ini menjadikan kita lebih berjaya, lebih cemerlang! 

1. Berlakunya hari kiamat.
 Ya, Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.
 Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 3. Penghulu segala hari.
 Saya suka sebut Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

 4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
 Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.”
Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.

 5. Kebaikan dengan memotong kuku.
 Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

 6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.
 Yang ini pun kita dah selalu dengar. Daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.

 Tuan, puan, abang, kakak dan adik-adik semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.

Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.

Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.

Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.

Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…

HunNy 

My Bornday ♥


hehe... maaf sbb da lme xupdated blog kwn2.... 
maklum lah,, hunny agak sibuk dgn persiapan SPM y bakal menjelang...



alhamdulilah,, dlm bulan y begitu mulia ini... hari kelahiran hunny telah d'berkati.. pada 5 ogos 2011.. adalah tarikh y begitu istimewa dlm idup hunny.. pertama kali diraikn dlm bulan ramadan y berakah ini... pada 5 ogos 1994 y lalu, mom hunny da b'susah payah beranakkn hunny y comey + manje nie.. hehe.... terima kasih ibu 



terima kasih kt kwn2 y sudi wish bezday hunny.... 
i love you all... hunny xkn lupakn korg .. 
kenangan  yg plg best skali bile kwn2 sekelas hunny nyanyikn lgu happy birthday tuk hunny wktu dlm kelas, hehe... maluu sehhh... terharuu gilerr,,, thanks kwn2... happy dpt hadiah dri ehem2, kekekeh... maseh3.. ade jgk y blnje cappucino n kek.. adoii, sedap gilerr.. kenyang perut nie, hehe....



hunny b'harap kelahiran ini akn sentiase d'berkati Allah.. insyaallah.. amin

HunNy